Saturday, January 8, 2011

10 Tips Berjimat

1. Beli barang pada harga borong/pukal Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah.

2. Beli barangan second hand @ lelong murah Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari separuh.

3. Musim Promosi & Megasale Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc..

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara.

5. Kitar Semula / Recycle Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukar- kan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.

7. Beriadah di tempat awam Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya saja

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan.

10. Masak & Makan di rumah Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun segelas.

Okeh, sbnrnye mmg banyak lagi tips untuk berjimat ni, tp cukuplah 10 utk hari ini... ;)

No comments:

Post a Comment