Saturday, January 8, 2011

10 Tips Berjimat

1. Beli barang pada harga borong/pukal Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah.

2. Beli barangan second hand @ lelong murah Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari separuh.

3. Musim Promosi & Megasale Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc..

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara.

5. Kitar Semula / Recycle Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukar- kan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.

7. Beriadah di tempat awam Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya saja

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan.

10. Masak & Makan di rumah Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun segelas.

Okeh, sbnrnye mmg banyak lagi tips untuk berjimat ni, tp cukuplah 10 utk hari ini... ;)

Friday, January 7, 2011

Pendapatan

Apa itu Pendapatan Aktif dan Pendapatan Pasif? Pendapatan Aktif dibayar berdasarkan masa bekerja, hampir 80 peratus orang kerja makan gaji. Pendapatan Pasif diperoleh dengan bekerja sekali dengan penuh kemudian menerima bayaran tanpa henti, cuma 20 peratus menggunakan kaedah ini. Lebih besar pendapatan pasif semakin banyak masa yang akan bakal diperoleh bersama keluarga dengan wang masih masuk ke akaun bank. Kalau bercuti enam bulan terus menerus pun wang masih masuk. Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif:

• Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
• Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
• Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
• Usahawan yang mendapat keuntungan perniagaan
• Agen insurans yang mendapat komisen
• Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
• Ahli jualan langsung/MLM)yang menerima komisen bulanan


Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang miliki. Ada orang banyak harta tetapi sentiasa sibuk dan tiada masa untuk melakukan kegiatan yang disukai. Contohnya mereka tidak bebas untuk melihat anak-anak membesar, bersarapan pagi selama dua jam, bersantai di tempat peranginan tanpa risau memikirkan soal operasi pejabat.

Sebagai contoh kita lihat kes seorang doktor pakar . Memang pendapatan secara mutlak tinggi tetapi POTENSI pendapatan mereka ada hadnya. Dalam masa 24 jam sehari mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja dan mesti berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Dalam erti kata lain mesti aktif atau berada di situ. Tiada beza juga jika kita bandingkan dengan pegawai korporat atau kerajaan, peguam atau jurujual berkomisen. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji atau komisen. Ada yang cuba mengatasi kelemahan ini dengan menggunakan model agensi berkomisen dipanggil "overiding". Tetapi pelanggan masih dimiliki syarikat prinsipal. Bererti kalau meninggalkan syarikat, komisen hilang, nilai aset pelanggan langsung menjadi sifar kerana diambil alih oleh syarikat.

Apa yang diceritakan setakat ini boleh dibaca dengan lebih terperinci dalam buku "Rich Dad Poor Dad" hasil nukilan Robert Kiyosaki. Beliau membahagikan cara menjana pendapatan kepada 4 kuadran.Beliau menyarankan jika kita ingin membebaskan diri dari belenggu kewangan sepenuhnya, kenalah mula bergerak ke Kuadran 3 Perniagaan atau Kuadran 4 Pelaburan. Kuadran 4 dianggap terbaik kerana di sinilah wang membuat wang berlaku tanpa sebarang usaha dari pelabur kecuali pemantauan berkala. Jadi sekiranya anda berada dalam Kuadran 1 Makan Gaji berusahalah untuk bergerak secara beransur-ansur ke Kuadran 2 atau Kuadran 3. Tidak mustahil sebenarnya untuk seorang itu bergerak dari Kuadran 1 ke Kuadran 4 jika dia berjimat cermat atau kenaikan gajinya setanding dengan inflasi.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda sekarang pasif? Mulakan bertukar Kuadran daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Jangan korbankan pendapatan sekarang,cuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun.

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian:

• Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
• Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
• Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
• Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
• Agen insurans yang mendapat pendapatan sampingan
• Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
• Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan

Thursday, January 6, 2011

Kenapa "Jutarian Riban"?

Mesti ramai pelik dengan nama blog ni kan? Jutarian Riban? macam bahasa Uganda pun ada kot...huhu...actually, 'jutarian' berasal dari 'juta' and 'riban' berasal dari 'ribu-ribuan' so jadilah 'jutarianriban'... perkataan ini muncul dari keminatan yang keterlaluan wang-wangan...hahahahaa...saya akan cuba memenuhkan blog ini dengan info-info tentang kewangan untuk tatapan semua yang mempunyai minat yang sama seperti saya!